Saturday, December 24, 2011

exited yang tak terhingga

hi .
oke sekarang aku dah tak sabar giler nak buat felt craft
setelah menstalker blog mereka mereka yg bisnes felt craft nie ...







*contoh je semue nie :)




guy ! wish me luck oke ...

not feeling well

hi .
sory lame tak update ..
tak ade mase nak on lappy ..
errr ..
since balik dari Melaka hari tue ..
selsema tak baik baik lagi ..
huh dugaan ...
doakan aku semoga cepat sembuh yaa





#reallymissyou

Wednesday, December 14, 2011

Pejam celik pejam celik ...

Hi.

Hah ! pejam celik pejam celik dah seminggu aku kat sini
esok pagi aku dah nak terbang ke selangor dah
terbang bersama hati dan jiwa yang terluka
yeah ! sangat terluke
berdiri lah aku balik dikaunter
mengadap costumer yang macam macam perangai tu
menunggu 'abg kura kura' aku yg cute lagi ensem tu <33
missssssssssss youuuuuuuuuuuuu







nie lah baju yang aku akan pakai balik esok lusa tulat dan seterusnya





...............................................................









Tadi aku sempat pergi rumah moyang aku
yelah jumpa before aku balik esok
kalau tak nanti hari hari tanya ibu aku 'bile Ana balik?'
sampai malas nak jawab lagi
kebetulan nenek aku dari Aus pun ada balik jumpe sekali lah
bile dah jarang jumpa moyang aku best pulak lepak same
walaupun moyang aku dah tak berapa nak dengar
'dah kerje tu simpan duit mana tahu jodoh sampai senang nak buat kerje(kenduri kahwin)'
ehem!
tibe tibe rase malu pulak macam dipinang org
errrr ... gatal je aku kan ? so what?
Nek don't worry .. insyallah Ana dengar cakap nek .. lebiuuuu <3
sebak pun ada jugak tadi time nak balik rumah .....
maklumlah dah jarang jarang jumpe ................

Esok aku balik?
Tiket pun belum beli lagi .... yakin je ade tiket esok
kalau tak de ... hah .. ambik kau !
memang kene maki free lah dengan bos kau kannn
doa doa lah esok ade yeee ........
bukan tak nak balik sane tapi tak ade mood nak keluar rumah
even pegi kedai pucong yang sekangkang kere tuuu
pucong oke bukan POCONG
haih...tak tahulah kenapee malu nak tunjuk muke kot ..................
eyeeewwwwwww..............nyampah !
sape je nak tengok kau nokk ?




For you
Thank a lot
Maybe kau akan cakap aku touching lebih
Never mind aku rasa kau dah masak dengan perangai aku
Dah dua hari aku tunggu msg dari kau
tapi...........................
rupenya aku lupe yang kau tengah 'family day' ..
nasib aku tak msg kalau tak mesti mengganggu kan ?
btw take care oke
and aku nak kau tahu..........


AKU BUKAN NAK PUTUSKAN PERSAHABATAN NIE


Aku cuma perlukan masa untuk biasakan diri dengan perubahan kau
I will try ..........


YOU ARE PART OF MY LIFE 


tak semudah ABC aku boleh lupekan kau
and tak semudah 123 aku boleh putus persahabatan nie ..




#Not feeling well ..  @_@


Tuesday, December 13, 2011

Just You !

Hi .

Kenapa dgn kau ?
Kenapa kau berubah sejak ...................................................
Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?!

Kau dah lain ...
Aku sedih bile kau macam nie ............
Aku ingat aku balik aku boleh spend time dengan kau
tak pelah maybe kau busykan
aku faham .....

tapi takkan tak de walau 30minit pun mase kau untuk luang kan dgn aku
aku rindu kat kau
sampai hati kau buat aku macam nie
aku malu sebab aku yg macam tehegeh hegeh dekat kau padahal kau tak ade pape pun

Kenapa kau tak macam dulu ?
kau exited sangat bile aku cakap aku nak balik
kau amik aku kat melaka sentral
lepas tu kite pegi makan sama sama
walaupun kau busy kau still ade mase untuk aku
aku tolong kau buat keje kat tempat keje kau
malam tu kite pegi tengok wayang ..
bile aku cakap aku nak balik KL dah ... muke kau sedih je ........
terus tak jadi nak balik rumah .. kau cakap .. tak puas jalan lagi ..
kau bawak aku pegi funfair ... ingat tak kite dapat kipas .. comel je ...
kite pegi tepi laut sebab kau tahu aku suke duduk tepi laut .........
sampai je depan rumah aku .. kau peluk aku ... sebab kau cakap esok pagi tu tak sempat dah jumpe pagi lagi aku dah nak balik ..............
tapi tu dulu ..............





DULU !!!!!!!!!!!!!




sekarang ? semue tu takde lagi .........
seminggu aku balik cume berape jam je kite jumpe ..
takpe lah at least kite jumpe jugak ..........
yg penting aku tahu kau tengah bahagia .. alhamdulillah .....
aku pun bahagia kalau kau bahagia .

aku buat semue nie bukan untuk putuskan persahabatan kite
semue tu takkan berlaku
tak pernah terniat dalam hati untuk buat macam nie
cuma
aku terpaksa
terpaksa sebab aku tak nak hidup mengharapkan dorongan dari sape sape lagi
aku cube untuk berdiri dengan kaki sendiri
maaf sebab selama nie aku sentiase bebankan kau dengan masalah aku
aku call kau time aku ade masalah
menangis kat telinge kau
maaf sangat sangat
takde orang lain yg boleh gantikan tempat kau
aku rase kau sendiri tahu
kau sentiase ade dalam ingatan aku
kau kawan aku dunia akhirat

aku harap kau bahagia disamping org tersayang
insyallah panjang umur kite jumpe
esok aku nak balik dah
balik dgn hati yg terluke
banyak planning yg aku buat untuk kite
tapi semuenye tk kesampaian
takpe lah kau busy ................








Deactive FB ...

Hi.
NO MORE FACEBOOK IN MY LIFE !
Hari nie aku dah betul betul nekad untuk deactive FB aku
bukan apa .. cume aku tak nak org tahu pekembangan aku lagi
biarlah aku diam jeeeeeeeeee .......................


Monday, December 12, 2011

mengombak rinduuuuuuuuuuuuuuuu

Hi .
Finally aku dapat jugak tengok OMBAK RINDU yg tengah meletup letup giler tu ...
Even aku memang dah telambatkan .. yg penting aku dapat jugak tengok ..
Act cerite die bukanlah 100% same dengan novel maybe layan novel lagi best kot ..
Aku sanggup kot layan novel dia before cerite nie mengombak kat wayang .....
memang terbaikkkkkkkkkkkkk !



Hariz . You make me arrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...............
Kalau dapat someone special like youuuuuuuuu .... errrrrrrrrrrrrrr memang tak cari lainlah ....
Memang aku tatang bagai minyak yang penuh *perlu ke ? sekali die tinggalkan menangis tak berlagulah kau 
Izzah . Tulusnya hati kau . Sanggup berkorban apa saje demi maruah kauuu .. wa tabik lah !
Tapi lelaki sekarang masih ada yang tak tahu hargai kalau dapat perempuan macam tu disamping die ...
Kau ingat kau hot ? :p




Cerita nie memang buat meleleh air mata aku ... ehem! nasib boleh cover lagi .
Tapi kenape cerite nie buat dekat Cameron ?
Memang betul betul menguji kekuatan jiwe aku tau tak !
Kat situlah tempat yang paling aku tak boleh lupa banyak memori aku dgn tempat keje lame kat situ ..
Itu jugak salah satu sebab air mate aku melelehhhhhhhhhh .....
Tetibe terkenang balik alangkah baiknya kalau semue nie tak terjadiiiiiiiiiiii !
LUMIERE always in my heart forever and ever <3



Oke ! see you soon :)




Saturday, December 10, 2011

Semendung cuaca diluar :)

Hi . Cuaca cuaca macam nie memang best membute tapi apakan daya terpaksa menahan mata untuk membantu ibunda tersayang menyiapkan tempahan kuihnya ...  Eh ! hah .. tadi aku ada terbaca artikel nie tau .. nah bacelah pasal sahabat ... :)


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

assalamualaikum ............

Hi . Siap jugak blog saya walaupun tak secantik blog blog kamu diluar sana .
Btw thank you kepada sesiape yang sudi mengfollow blog nie :)